Tuesday 25 March 2014

Tunaikan Sepuluh Hak



Sepuluh Hak


Imam Syafie memberi wasiat, “Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah  dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:



1. Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. Hak malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.


3. Hak kubur iaitu membuat tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.


4. Hak Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.


5. Hak mizan iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.


6. Hak sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


7. Hak Malik iaitu banyak menagis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


8. Hak Ridhwan iaitu reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.


9. Hak Rasulullah iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah.


10. Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

No comments:

Post a Comment