Wednesday 5 March 2014

Mencari kecemerlangan Hakiki



“… Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (ghurur).”
                                                                                                                                Ali Imran, 185


Apakah pandangan anda tentang cemerlang? Adakah cemerlang itu dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dengan mendapat A dalam semua mata pelajaran? Persoalan yang diambil adalah adakah kecemerlangan ini bersifat dunia semata-mata ataupun termasuk akhirat juga?


“Apa itu cemerlang?” Dr. Danial Zainal Abidin dalam bukunya yang bertajuk Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran , dalam bahasa Inggeris , cemerlang bermaksud excellence. Excellence menurut The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition. 2000, bermaksud, “ The state, guality, or condition of excelling; superiority.”


Di dalam Kamus Dewan (Edisi Baru), cemerlang bermaksud “bersinar (bercahaya) dengan terang sekali, berkilau, gilang-gemilang; (berkenaan) kejayaan, keputusan sangat baik.”


Kecemerlangan hakiki adalah ingin memasuki Syurga Allah. Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Kedua-duanya mempunyai kepentingan dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Imam Ghazali, di dalam Ihya Ulumuddin bab Syukur, apabila menceritakan berkenaan kecemerlangan kemuncak di akhirat berkata,


“Ciri-ciri kebahagiaan di akhirat (yang tidak ada di dunia) boleh dibahagikan kepada empat. Pertama, keadaannya kekal abadi. Kedua, kegembiraannya berkekalan. Ketiga, tidak wujud lagi kejahilan selepas itu. Keempat, tidak wujud lagi kemiskinan selepas itu.” Benarlah kata nabi,” Kesempurnaan nikmat adalah memasuki Syurga.”
                                                                                                                      Hadis riwayat Imam Tirmizi.


Dalam membina kecemerlangan pelbagai tips-tips dapat digunakan dalam membentuk kecemerlangan tersebut. Bagi  membina keyakinan diri untuk kecemerlangan perkara penting dalam kecenderungan untuk cemerlang adalah fikirkan kejayaan.


Fikirkan kejayaan jangan fikirkan kegagalan. Singgirkan fikiran kegagalan kepada fikiran kejayaan. Sebagai contoh apabila kita menghadapi permasalahan dan kesusahan dalam sesuatu perkara fikirkan “ Saya akan berjaya,” bukan “ Mungkin saya akan gagal,” Tidak lari dalam pembelajaran mempunyai banyak persaingan di dalam kelas. Jika kita bersaing dengan seseorang katakanlah “ Saya adalah yang terbaik,” bukan “ Saya seorang yang teruk,”



Kesimpulannya semuanya bermula dari diri kita sendiri. Fikiran seseorang itu mendorong ke arah positif dan negatif. Disamping itu,  kecemerlangan hakiki adalah kecemerlangan yang diimpikan setiap insan berpandukan Al-Quran dan As-sunnah. Jika memperoleh kecemerlangan di dunia dan akhirat maka dia adalah orang yang beruntung.

No comments:

Post a Comment