Saturday 4 August 2012

Tafsir mimpi ..


Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh ..

Tidak tau apa nak dikhabarkan dalam blog hari ini .. insyaallah syuk akan cuba mencari sesuatu yang bermanfaat buat semua .. sedang mencari cari ilmu baru di facebook tiba tiba syuk terbaca sebuah page tentang islam iman ihsan ..

ceritannya bermula ...

Kisah ini telah diceritakan oleh Tuan Guru Harun Din pada kuliahnya dahulu. 



Tafsir Mimpi Berbogel - Sheikh Ahmad Sudais .

Sheikh Ahmad Sudais dijemput ke salah satu stesyen Radio di negara beliau, untuk ditemuramah serta membincangkan hal hal yang berkaitan agama di stesyen radio berkenaan, terdapat beberapa sesi temubual dan soal jawab. Tidak ketinggalan juga sesi untuk para pendengar radio untuk menelefon dan bertanyakan soalan kepada Imam Besar Mekah itu.

Ketika tengah rancak berkumandang di udara, Pihak stesyen radio menerima panggilan telefon daripada pendengar radio

Pendengar : Assalamualaikum, izinkan saya bertanya soalan?

Sheikh Sudais : aiwa, teruskan.

Pendengar : Saya ingin bertanyakan mengenai Tafsir mimpi.

Sheikh Sudais: Maaf, saya kurang arif berkenaan ilmu tafsiran mimpi tetapi silakan bertanya, mungkin saya boleh bantu dengan beberapa hadith shohih mengenai mimpi seperti mimpinya nabi Yusuf atau juga ada hadith2 lain, atau mungkin juga saya bertanyakan kepada kenalan saya yang lebih memahami.

Pendengar : Saya bermimpikan seseorang yang dalam keadaan bogel mengelilingi(tawaf) kaabah tanpa perasaan malu , apakah maksudnya Sheikh?

Sheikh Sudais: Masyaallah.. masyaallah, yang ini saya tahu, Orang itu akan diampunkan segala dosanya oleh ALLAH, Umpama bayi yang baru lahir.

Pendengar: Bolehkah saya memberi khabar gembira ini kepada beliau?

Sheikh Sudais: Sudah menjadi kewajipan bagi tuan untuk memberikan khabar gembira ini kepada beliau.

Pendengar : Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan teresak2 menangis sehinggakan program itu terpaksa dibatalkan dan dihentikan kerana esakan tuan sheikh.------------------------------

--------------------------------------

Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu..

Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima..

Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi.. —
Islam-Iman-Ihsan/126964967412377

Berkatilah hidupku =.=


Assalamualaikum warahmatullah ... 

semakin hari semakin berlalu hari dalam Ramadhan.. sedih rasa hati ini .. bimbang mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri yang kerdil lagi lemah ini .. Cukupkah amalan yang dilakukan selama ini? 


Masa berlalu dengan pantas .. Hari yang berlalu tidak mungkin akan kembali lagi .. Hari hari yang akan ditempuhi lebih baik atau sebaliknya .. 


Imanku tidaklah sekuat para mujahidah yang berada di luar sana .. Imanku sangat rapuh seperti dedaun kering yang gugur dikala senja hari .. Mampukah aku mengekalkan imanku akhlakku semuanya yang terbaik dalam diriku sehingga akhir nafasku.. Semuanya aku terpaksa tempuhinya jua ..


Walaupun aku tidaklah sebaik insan insan wanita solehah yang lain .. aku akan mencuba menjadi terbaik seperti mereka .. Setiap sujud dalam solatku sentiasa mendoakan supaya aku menjadi insan solehah yang diredhai oleh Allah kelak .. Sentiasa aku berdoa supaya aku tidak tersesat dari landasan imanku dan agamaku .. 


Kau yang Maha Pengasih Kau yang Maha Penyayang padaMu semua bergantung ..


"hitam putih dihatiku jalan takdir hidupku.. segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya"


lagu blog syuk ni sedkit sebanyak banyak menyebabkan syuk berfikir sendiri.. kadang-kadang kita tak sedar sesebuah lagu tu mampu mengubah diri kita sebenarnya ..

Akhir kalam salam mahabbah semoga semuanya berada dalam naugan Allah dan diberkati oleh Allah insyaallah .. 

tulusy kata pena teragung syuk