Monday 13 October 2014

Final exam





                                          Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh ..





          Masa semakin hampir untuk menghabiskan sisa sisa di bumi tarbiah ini .. Kadang kadang aku terfikir apa yang telah aku perolehi selama menetap di bumi tarbiah ini? Otak semakin tepu untuk berfikir dan meransangkan minda sendiri. Final semakin hampir. Sem ini adalah yang terakhir. Dekan masih belum dapat selama setiap sem di sini. Orang kata dekan tu hanya dunia? Ya, betul tapi dengan dekan itulah dapat mengembirakan ibu bapa kita kat rumah tu. 





          Cakap pulak pasal praktikal. Sampai sekarang tak dapat jawapan. Mengeluh? maybe. Aku fikir kalau tak dapat jugak mungkin buat final projek kat kampus ni lagi. Keputusan aku dah tanya dekat mak dan mak setuju. Mungkin ada hikmah lain selepas ni aku pun tak pasti. 





        Radiasi otak aku semakin ligat memikirkan untuk final exam. Harapan demi harapan untuk yang tersayang terutama mak abah. Blog yang sudah lama tidak ku jenguk akhirnya dibuka semula mencari dunia impian itu semula. Semakin hambar dan cara penulisan blogku semakin pelik aku tak tahu kenapa, mengapa dan bagaimana.. 





Sekarang, masa hanya tertumpu untuk bersiap ke final exam.  Sem akhir sebelum final projek bermula. Inn syaa Allah semoga semua berjalan dengan lancar . Doakan semoga segalanya dipermudahkan. 





Friday 23 May 2014

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh



"Sesiapa yang menginginkan Dunia, maka hendaklah dia mendapatkannya dengan Ilmu. Sesiapa yang menginginkan Akhirat, maka hendaklah dia mendapatkannya dengan Ilmu juga,"

                                                                                                                                      -Imam Syafi'i-


Kata kata  diterbitkan oleh Imam Syafi'i menimbulkan persoalan mampukah meraih kedua duanya sekaligus? Apabila tersimpan keinginan maka akan disusuli dengan usaha. Jadi, ianya bergantung atas diri sendiri setiap insan itu untuk meraih apa yang diinginkan olehnya.



Sejauhmanakah diantara kita mampu meraih keduanya?



Masing-masing mempunyai spekulasi di minda dalam memahami setiap perkara yang diperolehi. Begitu juga dengan saya sendiri. Kadang-kadang kita rasa tidak mampu dalam mengharungi sesuatu ujian yang diberi. Namun cepat-cepat ingatkan diri kita kepada Sang Pencipta iaitu Allah. 



Ketahuilah bahawa setiap ujian yang diberikan tanda Allah sayang kepada manusia itu sendiri. Supaya manusia itu mengingatinya saat itu, betapa rindunya Allah kepada hambanya mendengar rintihan kepadaNya. Sedarkah kita tentang perkara itu? Disebabkan kelekaan dunia itu sendiri menguis pemikiran pemikiran tentang Sang Pencipta. 



Ya, diri ini juga manusia lemah turut lupa akan perkara itu juga. Menasihati manusia lain namun diri ini turut mengingati dirinya sendiri. Perubahan akan dilakukan sedikit demi sedikit bimbang akan tersungkur namun Allah tetap ada. Kuat dalam bermujahadah diri kepada yang lebih sempurna kesemuanya Inn syaa Allah.




"Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam"

Tuesday 25 March 2014

Tunaikan Sepuluh Hak



Sepuluh Hak


Imam Syafie memberi wasiat, “Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah  dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:



1. Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


2. Hak malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah.


3. Hak kubur iaitu membuat tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.


4. Hak Munkar Nakir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.


5. Hak mizan iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.


6. Hak sirat iaitu membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


7. Hak Malik iaitu banyak menagis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, bersedekah semasa terang serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.


8. Hak Ridhwan iaitu reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur dengan nikmat Allah dan bertaubat daripada maksiat.


9. Hak Rasulullah iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunah, menyayangi para sahabat dan bersaing mencari kelebihan daripada Allah.


10. Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.

Tuesday 18 March 2014

Sebesar-besar Keaiban





        “Sebesar-besar keabaiban (keburukan) adalah engkau mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.”
                                                                                                                                           -Imam Syafie-


       Dalam kalangan masyarakat kini tidak memandang kebaikan dalam diri seseorang malah hanya memandang keburukan dalam diri seseorang itu. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan yang suka memandang keburukan berbanding kebaikan.


      Tambahan lagi, mereka lebih suka memperkatakan dan menyebarkan perkara yang dilihatnya itu. Contohnya, dengan melihat individu yang tidak menghormati dan menilai hak orang lain.

   


       30 wasiat Imam Syafie karya Khairul Ghazali tentang Larangan Menceritakan Aib Orang Lain


   
        Ali berkata, Nabi Muhammad memberitahu, “Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekkurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela ada di dalam diri engkau sendiri.”


       Hadis di atas bukan bermaksud, apabila kita mendapati kekurangan di dalam diri orang lain, kita juga menyamakan diri kita dengan diri orang yang mempunyai kekurangan itu.


       Maksud hadis di atas adalah cukup bagi kita tidak menceritakan keburukan orang lain kepada orang ramai dan cuba memperelok dan memperbaiki diri sendiriapabila keburukan itu ada di dalam diri kita. Ini kerana, keburukan yang ada di dalam diri kita, juga tidak menyenangkan diri orang lain.


      Nabi Muhammad memberitahu, “Sebesar-besar keburukan apabila engkau melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada diri orang lain sedangkan keburukan dan kekurangan yang engkau cemuh dan cela ada di dalam diri engkau sendiri.”

Thursday 13 March 2014

Keras Hati



Hati yang paling jauh dari Allah Taala adalah hati yang keras. Ia adalah hati yang telah menjadi bati ditambah dengan kegelapan maksiat dan perbuatan dosa.


Antara sebab-sebab yang menjadikan hati ekras adalah sebagai berikut:


1. Hati yang bergantung kepada selain allah taala

2. Sedikitnya berzikir dan jarang beribadah

3. Banyak melakukan maksiat

4. Banyak melakukan perbuatan bid’ah

5. Gemar berkhayal dan melamun

6. Memakan benda yang haram

7. Memakan riba

8. Berzina

9. Banyak bergaul dengan manusia yang enggan beribadah

10. Banyak makan, minum dan tidur

11. Banyak ketawa dan bersenda gurau

12. Banyak cakap tanpa mahu berzikir kepada Allah

13. Membenci sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w

14. Meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w

15. Bersahabat dengan orang kafir dan memusuhi orang-orang yang beriman

16. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan pula menyerupai lelaki

17. Kejahilan

18. Menjadi hamba hawa nafsu dan syahwat

19. Derhaka kepada ibu bapa, memutuskan tali persaudaraan dan menyakiti jiran tetangga

20. Menjauhi al-Quran, gemar mendengar muzik dan nyanyian



                        Sumber Jangan Bersedih, Kebahagiaan pasti Bersamamu! Karya Mahar Al-Wathan

Andai Rasulullah masih ada….




Ingin sekali merasai minumannya



Aisyah r.a meriwayatkan: “Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah minuman yang manis dan dingin.”
                                                                  -(Riwayat al-Tarmizi, Ahmad, Hakim dan Abu Syaikh)



Ibn Abbas r.a. meriwayatkan: “ Saya bersama-sama Rasulullah s.a.w. dan Khalid bin Walid menziarahi maimunah. Dia pun menghulurkan satu wadah (bekas) susu. Rasulullah s.a.w segera meminumnya.

Pada waktu itu, saya berada di sebelah kanan Baginda dan Khalid berada di sebelah kiri Baginda. Setelah meminum susu itu, Rasulullah s.a.w berkata kepada saya: ‘Sekarang, giliran kamu untuk minum. Tetapi, jika kamu mahu, kamu boleh mendahulukan Khalid.

‘Saya menjawab : ‘Tidak mungkin saya mendahulukan orang lain untuk meminum bekas minumanmu.’ Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Sesiapa diberi makanan oleh Allah, maka hendaknya dia berdoa- Ya Allah, beri kami berkat dalam makanan ini dan tambahkan makanan ini untuk kami.’

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud: ‘ Tidak ada sesuatu pun yang boleh berfungsi sebagai makanan sekaligus minuman selain susu.’ 
                                                                                                        (Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad)



                                                                                       Sumber GenQ Suka dengan Nikmat , isu no 13

Wanita Penghuni Syurga





Ketika baginda Rasul s.a.w mengatakan penghuni neraka kelak lebih banyak kaum wanita, salah satu sahabat bertanya. Ya Rasulullah, apakah mereka tidak gemar beribadah kepada Allah? Jawab Rasulullah s.a.w bukan: Lalu kenapa? Kata sahabat. Mereka bahkan lebih taat menjalankan sembahyang, puasa dan hadir dalam majlis ta’lim tetapi mereka tidak boleh menjaga kehirmatan suaminya.


Diantaranya:

1. Mengeluhkan wang belanja yang diberikan suaminya, tidak mensyukurinya

2. Menceritakan kekurangan suaminya, tidurnya mendengkur dan lain sebagainya

3. Tidak dapat menjaga harta suaminya


Dalam hadis lain disebutkan:

Ya Rasulullah siapakah yang berhak atas diriku tanya seorang muslimah? Suamimu, lalau siapa lagi Ibumu jawab Rasulullah

Rasulullah bersabda: Seandainya Allah mengizinkan manusia menyembah manusia, maka akan aku suruh seorang isteri  menyembah suaminya



Lalu siapakah wanita penghuni syurga?

Wanita yang menegakkan sembahyang

Wanita yang menjalankan puasa pada bulan Ramadhan

Wanita yang menjaga kehormatan dirinya, diantaranya menutup aurat

Patuh pada suami dan suaminya ikhlas kepadanya



                                           Sumber Himpunan Kisah-Kisah Berhikmah karya Zaidan Abdur Rauf