Tuesday 11 March 2014

Seksaan Terhapus Berkat Selawat


Apakah yang anda faham tentang selawat? Selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w terdapat kelebihan yang tersendiri. 


     Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

   
      Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak. Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah Allah Ta’ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman-Nya:

                           
                        {إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا}
{Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan}.                                                                              [Al-Ahzab: 56]


Suatu kisah yang dapat diambil melalui Selembut Bicara Kisah-kisah Insprirasi untuk Wanita karya Saridah Hamid
   

      Pada suatu hari, seorang wanita datang menemui Hasan Basri bagi meminta pandangan berkenanaan masalahnya. Wanita itu berkata kepada Hasan, “Saya mempunyai anak gadis tetapi sudah meninggal dunia. Saya berharap dapat bermimpi berjumpa dengannya. Bolehkah tuan mengajarkan saya cara yang dapat membuatkan saya bermimpi berjumpa dengan anak saya?


    Apabila mendengar permintaan wanita itu, Hasan mengajar wanita itu cara-caranya. Wanita itu pulang ke rumah dan pada malam itu dia bermimpi melihat anak gadisnya. Anaknya memakai pakaian yang buruk. Dia melihat ada seutas rantai yang melilit lehernya. Begitu juga dengan kaki anaknya diikat.


    Pada keesokan hari, wanita itu pergi bertemu dengan Hasan. Dengan rasa sedih, wanita itu menceritakan mimpinya.


    Selang beberapa hari, Hasan pula bermimpi bertemu dengan gadis itu di syurga. Hasan melihat gadis itu memakai mahkota. Gadis itu apabila melihat Hasan lalu bertanya, “Wahai Hasan, sayalah anak gadis kepada wanita yang datang berjumpa denganmu. Tidakkah kamu kenal saya?”


   Hasan bertanya kepada gadis itu, “Apakah yang menyebabkan kamu berubah seperti ini?”


   Gadis itu pu menjawab,”Ada seorang lelaki berjalan dihadapan kami. Dia membaca selawat kepada nabi Muhammad. Sedangkan pada masa itu, ada 550 orang yang sedang diseksa. Kemudian, terdengar suara yang berkata, ‘Tariklah seksaan daripada mereka ini atas berkat selawat yang dibaca oleh lelaki itu.’


    Itulah berkat selawat atau kata puji-pujian terhadap Nabi Muhammad. Orang yang menyebut nama Nabi Muhammad mendapat laluan mudah pada Hari Kiamat.



No comments:

Post a Comment