Sunday 9 March 2014

Taubat Seorang Askar



   Pada suatu hari Syeikh Baqan sedang berada di tepi sungai. Tiba-tiba sebuah perahu yang memuat sekumpulan tentera lalu di sungai itu. Di dalam perahu tersebut banyak terdapat arak dan benda-benda terlarang lainnya. Syeikh yang berada di tebing sungai tahu akan barang-barang terlarang yang ada di dalam sungai itu dengan kasyafnya.



   “Wahai pahlawan! Bertakwalah kamu kepada Allah dan naiklah engkau ke darat!” teriak Syeikh Bagan.



   Akan tetapi orang-orang yang ada di dalam perahu itu tidak memperdulikan seruan itu, bahkan menoleh pun tidak.



   Melihat kedegilan mereka, Syeikh Bagan berseru kepada sungai:” Wahai sungai yang tunduk kepada Allah! Berilah pembalasan terhadap orang-orang jahat itu.”



   Tiba-tiba air sungai bergelora menghempas perahu mereka sehingga hampir saja karam. Pada saat itu mereka memohon maaf kepada Syeikh Bagan dan menyatakan taubatnya. Mereka betul-betul menyesal da air sungai kembali tenang seperti sebelumnya sehingga mereka turun dengan selamat. Sejak itulah mereka sering berziarah ke rumah Syeikh Baqan.



Apakah itu taubat?, Apakah yang anda faham tentang taubat?, Bagaimanakah syarat-syarat untuk bertaubat?, 

Seringkali kita mendengar menunggu masa untuk bertaubat. Ayat biasa yang sering dijawab apabila ditanya bilakah ingin berubah adalah " saya ingin berubah tetapi tunggu hidayah belum sampai". Jika kita ingin berubah tidak perlu menunggu hidayah sampai kepada kita tetapi kita sendiri yang memulakannya dulu.


        Antaranya firman AllahSubhanahu wa Ta’ala,


                                                   وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman semoga kamu berjaya.”(Surah Al-Nur, 24: 31)


        Dalam Surah Al-Zumar ayat ke-53 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas diri mereka; janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Zumar: 53)
Dalam ayat ini Allah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang melampaui batas ke atas diri mereka; melampaui batas iaitu dengan melakukan dosa-dosa dan maksiat.

         Juga firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-135,

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ
“Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat dari dosa itu).” (Surah Ali Imran: 135) 


Menurut Ibnu Umar M.U melalui bukunya yang bertajuk Tuhan Terimalah Taubatku mengisahkan tentang Taubat. 


        Taubat Hukumnya Wajib 

Allah s.w.t telah memrintahkan dalam beberapa ayat diantaranya ialah:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Tiap seseorang anak Adam, sering berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah orang-orang yang bertaubat.”

“Tiada sesuatu yang lebih disukai Allah selain pemuda yang bertaubat.”

“Seseorang yang bertaubat adalah kekasih Allah dan yang bertaubat dari dosa, samalah seperti orang yang tidak pernah berdosa.” Ibnu Majah

    Hal-hal yang terjadi sebelum seseorang bertaubat ialah:

Sedar akan keburukan dosanya.
Sedar betapa beratnya hukuman Allah dan murka-Nyayang pasti tidak akan sanggup dipikulnya.
Sedar betapa lemah dirinya dan tidak akan mampu untuk mengelak dari hukuman.

Penyesalan yang teramat besar memenuhi hatinya maka bertaubatlah ia.


    Syarat-syarat Taubat

Setiap taubat yang tulus tentu diterima Allah. Taubat itu bukan Cuma menyebut: Astaghfirullah dan aku bertaubat kepada-Nya. Tidak!, bukan hanya itu.


Kata-kata itu sahaja tidak dapat dinamakan taubat. Taubat itu berkesan kalau disertai beberapa perbuatan dan sikap seperti yang dinyatakan oleh  Imam Al-Juneid, Imam Kortubi dan Imam Nawawi serta beberapa ulama lainnya yang seluruhnya dapat disimpulkan sebagai berikut:

Penyesalan yang sungguh-sungguh atas perbuatan jahat yang telah dilakukan.
Meninggalkan sepenuhnya perbuatan itu.
Niat yang kukuh dengan hati yang tetap untuk tidak akan pernah mengerjakan perbuatan itu lagi.
Jika dosa  itu terhadap Allah seberapa dapat gantilah dengan amal soleh atau qadha, iaitu amal pengganti seperti misalnya solat, zakat dan sebagainya.
Jika dosa itu terhadap manusia, maka segala kerugian dan bencana yang terjadi kerana dosa itu harus diganti dengan bentuk ganti-rugi yang layak sehingga yang dirugikan menjadi ikhlas dan mahu memaafkan. Misalnya ada harta orang yang termakan dengan jalan haram, maka harta itu dikembalikan menurut harganya yang sepadan. Jika dosa itu berupa umpatan atau fitnahan atau sebagainya maka yang harus diperbaiki adalah segala akibat yang timbul daripada perbuatan itu tadi sehingga timbul rasa untuk memaafkan dari si korban.

No comments:

Post a Comment