Wednesday 12 March 2014

Memaafkan semua Orang sebelum tidur.



    Tidur adalah suatu perbuatan bagi merehatkan fizikal dan mental. Seseorang itu mestilah tidur dengan secukupnya bagi memnambahkan kembali tenaga yang hilang.  

    Pelbagai cara yang disarankan oleh pelbagai pihak sebelum tidur. Antaranya mendengar lagu yang tidak rancak, membaca buku dan sebagainya. 

    Sebelum menutup mata dan berehat selepas melakukan aktiviti seharian kita disarankan memaafkan orang lain dan bermuhasabah diri. Yakinkah kita dapat hidup kembali pada esok hari? Semestinya tidak. Ini kerana mati adalah perkara ghaib yang tidak pasti bilakah akan terjadinya.


Suatu kisah yang dapat diambil dari buku Petua Untuk Sentiasa Ceria karya Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Zizi Azlinda Yusof adalah :


Pemaafnya Rasulullah


Dikisahkan, setiap kali Rasulullah keluar untuk ke masjid, seorang perempuan yang amat membenci baginda akan melempari najis dan pelbagai sampah-sarap di laluan yang baginda lalui. Begitulah setiap hari, namun baginda dengan sabar tidak sedikit pun merungut akan keadaan itu.


Suatu pagi, baginda hairan kerana kerana tiada kotoran di sepanjang laluan seperti biasa. Baginda bertanya kepada jiran tetangganya. Mereka memberitahu bahawa perempuan itu sakit. Baginda bersegera melawat perempuan itu dan kedatangan baginda amat mengejutkan perempuan itu. Disebabkan terpesona dengan sikap pemaaf baginda, perempuan tua itu melafazkan syahadah dihadapan Rasulullah s.a.w.



Kesimpulannya, ikhtibar yang boleh diambil adalah contohilah sifat Rasulullah s.a.w walaupun dilempari dengan najis namun tetap bersabar. Dan apabila mendapat kejahatan janganlah dibalas dengan kejahatan juga. 

No comments:

Post a Comment