Thursday 13 March 2014

Jangan Putus Asa dan Jangan Buat Orang Lain Putus Asa




Menurut buku Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman? Karya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar, Tips 58 adalah:


Jangan Putus Asa dan Jangan Buat Orang Lain Putus Asa


“Apabila kita berada dalam keadaan pasrah, percayalah Tuhan ada di sisi kita.”


Elak Daripada Putus Asa dalam Hidup.

Kita mendengar banyak kes bunuh diri ataupun percubaan bunuh di dalam akhbar dan berita. Ia adalah akibat rasa putus asa dan tidak ada semangat bagi meneruskan kehidupan lantaran kemalangan dan kesusahan hidup.


Adakalanya beban hutang, putus cinta, kegagalan perniagaan dan lain-lain menyebabkan mereka melakukan perkara sedemikian. Ia adalah akibat jelas apabila manusia tidak menggantungkan keyakinan yang penuh dan pasti kepada Tuhan sebagai tempat mengadu. Maka dengan jalan membunuh diri mereka anggap mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebagai gentleman elakkan daripada berasa putus asa dalam hidup.


Sesungguhnya Tuhan Sentiasa mendengar.

Disinilah kekuatan diri dalam diri gentleman teruji. Percayalah sesungguhnya Tuhan sentiasa mendengar rintihan dan kelebihan hambanya. Pohonlah supaya dia membantu kita menyelesaikan semua masalah. Jangan sekutukan Tuhan semata-mata menyembah ataupun memuja makhluk lain kerana kononnya mampu menyelesaikan hutang ataupun menjatuhkan duit daripada langit. Maka disinilah kekuatan menjatuhkan jiwa dan rohani seorang gentleman teruji.

Tiupkan Rasa Optimistik pada orang Lain.

Selain daripada itu jangan jadikan orang lain berasa putus asa. Ucapkan kata-kata positif supaya orang lain rasa bersemangat dengan kata-kata kita itu. Berikanlah kata perangsang dan berikan bayangan dan andaian yang baik. Katakan kepada orang lain, “Saya yakin kamu mampu melakukannya,” Alangkah bersemangatnya orang itu mendapat kata-kata inspirasi daripada kita. 

No comments:

Post a Comment