Thursday 13 March 2014

Mulakan Harimu Dengan kasih Sayang



Mulakan Harimu Dengan kasih Sayang, kebanyakan pepatah memulakan kata mulakan harimu dengan senyuman. Kasih sayang adalah suatu perasaan yang timbul dalam setiap insan.


Sumber Jangan Bersedih, Kebahagiaan pasti Bersamamu! Karya Mahar Al-Wathan menjelaskan bagaimana memulakan hari dengan kasih sayang :


Jika kamu inginkan kebahagiaan, ketenangan, aman dan tenteram, maka mulakanlah hari-harimu dengan kasih sayang. Janganlah kamu mengeruhkan hari-harimu dengan kebencian dan dendam..

Sebarkan kasih sayang kepada setiap umat manusia. Janganlah kamu kedekut dengan kasih sayangmu untuk diberikan kepada orang-orang beriman.

Jika kamu menyayangi orang lain beerti  kamu telah menyayangi dirimu sendiri. Dengan itu, kamu telah memberikan makna kehidupan, keamanan dan kebahagiaan terhadap dirimu sendiri

Kamu adalah orang pertama yang mengambil manfaat dari sifat kasih sayangmu yang telah diluahkan kepada orang lain

Ketika kamu bangun tidur, berazamlah untuk memulakan hari-harimu dengan azammu itu supaya kamu menjadi orang penyayang dalam setiap urusan

Jadikanlah segala tindakan dan pilihanmu itu bersumber daripada keputusanmu bahawa kamu adalah seorangyang penyayang, sabar, lembut dan ramah

Hendaklah kamu sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang mulia, ramah dan rendah diri

Jangan terlampau banyak mengkritik orang lain pada permasalahan yang sememangnya masih banyak mengandungi perbezaan pendapat dan banyak megandungi pandangan yang berlainan

Latihlah dirimu untuk sentiasa merenungi setiap sesuatu

Kenalilah dirimu sendiri

Beritahukanlah kepada orang-orang disekeliling kamu yang kamu menyayangi mereka

Jika kamu terpaksa mengkritik orang lain, maka keluarkanlah kritikan itu dengan rasaa kasih sayang

Perbezaan pendapat tidak beerti permusuhan

Hendaklah kamu bersikap sederhana dalam menyayangi orang lain

Jika kamu melakukan hari-harimu dengan kasih sayang, maka kamu akan menjalani hari-harimu dengan penuh kasih sayang dan mengakhiri hari-harimu dengan kasih sayang pula

No comments:

Post a Comment