Thursday, 13 March 2014

Pakaian Penduduk Syurga


Dalam kehidupan seharian kita memerlukan pakaian untuk dijadikan sebagai menutup aurat. Pelbagai fesyen yang dijual dan dipaparkan di media massa dan media cetak. Pernahkah kita terfikir apakah pakaian kita apabila di Syurga kelak? Tentu masing-masing terfikir bagaimanakah pakaian di Syurga.


Sebagai contoh sebuah kisah yang boleh diambil adalah melalui buku Himpunan Kisah-Kisah Malaikat karya Dr. Mardiyah Syamsuddin.


Pakaian Penduduk Syurga


Pakaian penduduk syurga itu sutera halus berwarna hijau.


Firman Allah s.w.t:

“ Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan tebal”


Firman Allah s.w.t:

“Mereka  itulah yang berhak mendapat syurga ‘And, yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Di sana mereka akan diberi hiasan gelang dari emas, berpakaian hijau dari sutera yangbersulam benang emas, sambil berbaring-baring di atas persada yang indah. Itulah suatu pahala yang amat menyenangkan, dan suatu tempat tinggal yang amat indah.
                                                                                                                                     (Al-Kahfi:31)


Firman Allah s.w.t:

“Mereka memakai sutera yang halus dan sutera kembang, sambil duduk berhadap-hadapan.”

Mulakan Harimu Dengan kasih Sayang



Mulakan Harimu Dengan kasih Sayang, kebanyakan pepatah memulakan kata mulakan harimu dengan senyuman. Kasih sayang adalah suatu perasaan yang timbul dalam setiap insan.


Sumber Jangan Bersedih, Kebahagiaan pasti Bersamamu! Karya Mahar Al-Wathan menjelaskan bagaimana memulakan hari dengan kasih sayang :


• Jika kamu inginkan kebahagiaan, ketenangan, aman dan tenteram, maka mulakanlah hari-harimu dengan kasih sayang. Janganlah kamu mengeruhkan hari-harimu dengan kebencian dan dendam..

• Sebarkan kasih sayang kepada setiap umat manusia. Janganlah kamu kedekut dengan kasih sayangmu untuk diberikan kepada orang-orang beriman.

• Jika kamu menyayangi orang lain beerti  kamu telah menyayangi dirimu sendiri. Dengan itu, kamu telah memberikan makna kehidupan, keamanan dan kebahagiaan terhadap dirimu sendiri

• Kamu adalah orang pertama yang mengambil manfaat dari sifat kasih sayangmu yang telah diluahkan kepada orang lain

• Ketika kamu bangun tidur, berazamlah untuk memulakan hari-harimu dengan azammu itu supaya kamu menjadi orang penyayang dalam setiap urusan

• Jadikanlah segala tindakan dan pilihanmu itu bersumber daripada keputusanmu bahawa kamu adalah seorangyang penyayang, sabar, lembut dan ramah

• Hendaklah kamu sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang mulia, ramah dan rendah diri

• Jangan terlampau banyak mengkritik orang lain pada permasalahan yang sememangnya masih banyak mengandungi perbezaan pendapat dan banyak megandungi pandangan yang berlainan

• Latihlah dirimu untuk sentiasa merenungi setiap sesuatu

• Kenalilah dirimu sendiri

• Beritahukanlah kepada orang-orang disekeliling kamu yang kamu menyayangi mereka

• Jika kamu terpaksa mengkritik orang lain, maka keluarkanlah kritikan itu dengan rasaa kasih sayang

• Perbezaan pendapat tidak beerti permusuhan

• Hendaklah kamu bersikap sederhana dalam menyayangi orang lain

• Jika kamu melakukan hari-harimu dengan kasih sayang, maka kamu akan menjalani hari-harimu dengan penuh kasih sayang dan mengakhiri hari-harimu dengan kasih sayang pula

Ruginya Menjadi Bakhil



Pernahkah anda melihat filem yang ditayangkan hasil karya P.Ramlee yang bertajuk Labu dan Labi? Di dalam filem tersebut terdapat satu watak bernama Haji Bakhil. Haji Bakhil terkenal dengan sifat kedekutnya yang teramat sangat sangat sehinggakan anaknya Manisah ingin meminta duit membelikan mesin jahit juga dia tidak memberinya. 

Mari kita timbulkan satu persoalan. Apakah itu bakhil? Bakhil adalah satu sifat yang lebih teruk daripada kedekut. 


Sayidina Abu Bakar al-Siddiq berkata:


ORANG BAKHIL ATAU KEDEKUT YANG MELAMPAUI TIDAK TERLEPAS DARIPADA SALAH SATU DARIPADA TUJUH PERKARA INI:



1. Ketika mati, hartanya akan diwarisi oleh orang yang akan menghabiskannya untuk sesuatu yang tidak diperintahkan Allah

2. Allah akan membangkitkan penguasa zalim yang akan mengambi seluruh hartanya setelah menyeksanya

3. Allah menggerakkan dirinya untuk manghabiskan harta bendanya

4. Muncul ilham pada dirinya untuk mendirikan bangunan di tempat yang akan ditimpa bencana sehingga musnah dan habis hartanya

5. Dia ditimpa musibah yang dapat menghabiskan hartanya seperti tenggelam, terbakar, mengalami kecurian dan sebagainya

6. Dia ditimpa penyakit kronik sehingga hartanya habis  untuk merawat penyakit tersebut

7. Dia menyimpan hartanya di sebuah tempat, kemudian terlupa tempat itu sehingga hartanya itu hilang

Jangan Putus Asa dan Jangan Buat Orang Lain Putus Asa




Menurut buku Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman? Karya Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar, Tips 58 adalah:


Jangan Putus Asa dan Jangan Buat Orang Lain Putus Asa


“Apabila kita berada dalam keadaan pasrah, percayalah Tuhan ada di sisi kita.”


Elak Daripada Putus Asa dalam Hidup.

Kita mendengar banyak kes bunuh diri ataupun percubaan bunuh di dalam akhbar dan berita. Ia adalah akibat rasa putus asa dan tidak ada semangat bagi meneruskan kehidupan lantaran kemalangan dan kesusahan hidup.


Adakalanya beban hutang, putus cinta, kegagalan perniagaan dan lain-lain menyebabkan mereka melakukan perkara sedemikian. Ia adalah akibat jelas apabila manusia tidak menggantungkan keyakinan yang penuh dan pasti kepada Tuhan sebagai tempat mengadu. Maka dengan jalan membunuh diri mereka anggap mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Sebagai gentleman elakkan daripada berasa putus asa dalam hidup.


Sesungguhnya Tuhan Sentiasa mendengar.

Disinilah kekuatan diri dalam diri gentleman teruji. Percayalah sesungguhnya Tuhan sentiasa mendengar rintihan dan kelebihan hambanya. Pohonlah supaya dia membantu kita menyelesaikan semua masalah. Jangan sekutukan Tuhan semata-mata menyembah ataupun memuja makhluk lain kerana kononnya mampu menyelesaikan hutang ataupun menjatuhkan duit daripada langit. Maka disinilah kekuatan menjatuhkan jiwa dan rohani seorang gentleman teruji.

Tiupkan Rasa Optimistik pada orang Lain.

Selain daripada itu jangan jadikan orang lain berasa putus asa. Ucapkan kata-kata positif supaya orang lain rasa bersemangat dengan kata-kata kita itu. Berikanlah kata perangsang dan berikan bayangan dan andaian yang baik. Katakan kepada orang lain, “Saya yakin kamu mampu melakukannya,” Alangkah bersemangatnya orang itu mendapat kata-kata inspirasi daripada kita. 

KEISTIMEWAAN WANITA




1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh

3. Sesiapa yang menggembirakan anak wanitanya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah

4. Sesiapa yang membawa hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, hendaklah mendahulukan anak wanitanya daripada anak-anak lelaki

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah s.a.w di dalam Syurga

6. Sesiapa mempunyai dua atau tiga anak wanita, atau dua atau tiga saudara wanit lalu ia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa dan tanggungjawab maka baginya adalah Syurga

7. Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak wanitanya lalu ia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka (Aisyah r.a)

8. Syurga dibawah tapak kaki ibu (hadis)

9. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga, maka masuklah ia daripada pintu yang dikehendaki

10. Wanita yang taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristghfar baginya selama ia taat pada suaminya dan direlakannya

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang Ibu Bapamu, maka jawablah panggilan Ibumu dahulu

12. Aisyah r.a berkata. Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w , siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Baginda. Suaminya. Siapa pula yang berhak terhadap lelaki? Jawab Rasulullah Ibunya

13. Wanita apabila sembahyang  5 waktu, puasa 1 bulan Ramadhan, memelihara kehormatanya serta taat kepada suaminya, masuklah ia daripada pintu Syurga yang mana sahaja yang ia kehendaki

14. Tiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan ia ke dalam Syurga 10,000 tahun lebih dahulu daripada suaminya

15. Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan

16. Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah

17. Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah ia daripada dosa-dosa seperti  keadaan ibunya melahirkannya

18. Apabila telah lahir anaknya lalu sisusuinya maka bagi ibu itu setiap tegikan daripada susunya diberi satu kebajikan

19. Apabila ibu semalaman tidak tidur kerana memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t memberinya pahala seperti memerdekakan 7 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah



                                                    Sumber Himpunan Kisah-kisah Berhikmah karya Zaidan Abdur Rauf

Wednesday, 12 March 2014

Memaafkan semua Orang sebelum tidur.



    Tidur adalah suatu perbuatan bagi merehatkan fizikal dan mental. Seseorang itu mestilah tidur dengan secukupnya bagi memnambahkan kembali tenaga yang hilang.  

    Pelbagai cara yang disarankan oleh pelbagai pihak sebelum tidur. Antaranya mendengar lagu yang tidak rancak, membaca buku dan sebagainya. 

    Sebelum menutup mata dan berehat selepas melakukan aktiviti seharian kita disarankan memaafkan orang lain dan bermuhasabah diri. Yakinkah kita dapat hidup kembali pada esok hari? Semestinya tidak. Ini kerana mati adalah perkara ghaib yang tidak pasti bilakah akan terjadinya.


Suatu kisah yang dapat diambil dari buku Petua Untuk Sentiasa Ceria karya Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Zizi Azlinda Yusof adalah :


Pemaafnya Rasulullah


Dikisahkan, setiap kali Rasulullah keluar untuk ke masjid, seorang perempuan yang amat membenci baginda akan melempari najis dan pelbagai sampah-sarap di laluan yang baginda lalui. Begitulah setiap hari, namun baginda dengan sabar tidak sedikit pun merungut akan keadaan itu.


Suatu pagi, baginda hairan kerana kerana tiada kotoran di sepanjang laluan seperti biasa. Baginda bertanya kepada jiran tetangganya. Mereka memberitahu bahawa perempuan itu sakit. Baginda bersegera melawat perempuan itu dan kedatangan baginda amat mengejutkan perempuan itu. Disebabkan terpesona dengan sikap pemaaf baginda, perempuan tua itu melafazkan syahadah dihadapan Rasulullah s.a.w.



Kesimpulannya, ikhtibar yang boleh diambil adalah contohilah sifat Rasulullah s.a.w walaupun dilempari dengan najis namun tetap bersabar. Dan apabila mendapat kejahatan janganlah dibalas dengan kejahatan juga. 

Pelajar Cemerlang menurut Al-Quran

       

        Pesan cikgu


Cikgu pesan, kalau dapat sahaja kertas soalan, harus tenang…

Cikgu pesan, abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab di halaman sebelah..

Cikgu pesan, ingat kembali formula-formula penting…

Cikgu pesan, abaikan soalan yang susah, cari yang boleh dijawab di halaman sebelah…

Cikgu pesan, jika tiada jawapan yang boleh diselesaikan, barulah kembali ke halaman pertama..

Cikgu pesan, kalau tak boleh jugak, lantak koranglah sebab ‘Cikgu dah pesan Daah!!’



Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran..


1. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan kepada Allah SWT
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.” (23:1)

2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
“iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.” (23:2)

3. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
“dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatandan perkataan yang tidak berguna).” (23:3)

4. Prihatin sesama hati
“dan orang-orang yang menunaikan zakat.” (23:4)

5. jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
“dan orang-orang yang menjaga kehormatannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (23:5,6,7)

6. Jujur, amanah
“dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” (23:8)

7. Tepati waktu
“dan orang-orang yang memelihara solatnya.” (23:9)


                                                                                                         Soutulnisa’ edisi 43 Helwi KIPSAS